Ringkasan Temuramah dengan Ah Tan
| Nama: |
Ah Tan |
|
Jawatan: |
Penjaga Kanak-kanak |
|
Latar Belakang: |
Encik Ah Tan, yang berasal dari Tapah, sudah bekerja dan bertinggal di RKKKC semenjak bulan April 1997.
Sebelum bekerja di RKKKC, beliau telah menganggur sekian masa.
Kerja beliau sebagai penjaga kanak-kanak di RKKKC adalah disyorkan daripada
saudara beliau yang pernah memikul jawatan sebagai ahlijawatankuasa di Jawatankuasa Sukarelawan RKKK.
Walaupun menjaga kanak-kanak cacat bukan satu kerja yang senang, tetapi beliau sudah biasa dengannya.
Beliau berehat pada setiap hari Rabu.
|
Tugas-tugas harian Ah Tan:
- Beliau bangun pada pukul 6 pagi setiap hari.

- Tugas pertama beliau adalah membawa semua beg sampah ke depan pintu masuk.
- Kemudian beliau akan membawa semua penghuni (kanak-kanak dan dewasa yang cacat) ke dalam bilik mandi,
membantu mereka yang tidak berupaya menanggalkan baju, dan menunggu penjaga kanak-kanak yang lain datang untuk
memandikan kanak-kanak yang tidak berupaya untuk bermandi sendiri.
- Selepas itu, beliau akan mengeringkan badan setiap penghuni dan menolong mereka memakai baju yang bersih.
- Kemudian beliau akan mencuci baju, membersihkan bilik mandi dan bilik-bilik penghuni, dan membuangkan pampers yang kotor ke dalam tong sampah.
- Beliau bersarapan pagi, lebih kurang pada pukul 9 pagi.
- Selepas itu, beliau akan menunggu pelawat-pelawat di anjung rumah.
Biasanya pelawat-pelawat datang untuk menderma makanan, barang-barang keperluan harian, atau wang.
Beliau akan menulis resit kepada penderma untuk setiap dermaan.
- Beliau akan berehat sebentar jika tiada kunjungan daripada orang awam. Beliau biasanya akan menunggu hingga pukul 4 petang.
- Kemudian beliau akan membawa semua penghuni ke dalam bilik mandi sekali lagi dan mengulangi kerja yang beliau sudah buat pada hari pagi tadi.
- Lepas itu, beliau akan membawa semua penghuni makan malam pada pukul 6 petang.
- Selepas makan malam, beliau akan membawa mereka ke dalam bilik tidur mereka sendiri, lebih kurang pada pukul 7.30 malam.
- Beliau akan menyambungkan kerja yang lain-lain dan berehat pada pukul 8 malam.

|