RKKKC menampung 39 penghuni/mangsa (kanak-kanak dan orang
dewasa) yang menghidapi penyakit-penyakit seperti Cerebral
Palsy, Epilepsy, hip dislocation, severe mental retardation, Anathira (ketidakupayaan untuk bertutur), dan "Austism
and spastic Tetraplegia incapable of standing without support".
Mereka amat memerlukan kasih sayang dan sokongan daripada anda
kerana sumbangan anda merupakan harapan mereka.
Anda boleh memberi sumbangan anda dalam pelbagai bentuk,
e.g.: makanan, pampers, kegunaan/keperluan harian, wang dan
sebagainaya. Di samping itu, anda juga boleh menawarkan diri
anda untuk mengajar Penghuni-Penghuni RKKKC membaca ataupun
menulis, atau menolong untuk mencantikkan kawasan kediaman
mereka. Sumbangan daripada anda adalah amat dihargai oleh
Penghuni-Penghuni dan kakitangan di RKKKC.
Anda juga boleh membantu kami untuk menyebarkan maklumat-maklumat mengenai RKKKC dan penghuni-penghuninya kepada keluarga,
saudara mara dan kawan-kawan anda. Anda boleh memuat-turun, mencetak, dan memberi risalah RKKKC kepada mereka.
Dalam risalah tersebut, terdapat satu borang dermaan dimana anda boleh mengisi borang tersebut dan menderma kepada RKKKC.
Dermaan boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk:
1. Dermaan tunggal
2. Dermaan bulanan
3. Penganjuran (Menganjur kanak-kanak)
4. Memberi makan tengah hari ataupun makan malam
5. Aktiviti-aktiviti khas
Selepas anda mengisi borang tersebut, sila hantar balik bersama cek anda ke RKKKC dengan pos.
(Cek dibayar kepada: "Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Negeri Perak"). RKKKC akan menghubungi anda dan menghantar balik satu resit kepada anda, jika anda minta.
Kalau anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dermaan, sila hubungi RKKKC via telefon.
Jika anda ingin hubungi kami, sila lawat "Hubungi Kami".
Muat turun risalah di sini:
1. Brochure-external.pdf
2. Brochure-internal.pdf