Versi: English Bahasa Malaysia 简体中文
Logo RKKKC RKKKC memerlukan tangan bantuan anda! Kanak-kanak di RKKKC
RKKKC - Latar Belakang
RKKKC - Latar Belakang - Maklumat Tambahan
  • Pada masa RKKKC berpindah ke tanah kerajaan di Batu Gajah pada tahun 1991, ia hanyalah terdiri daripada 4 orang pekerja sahaja dan bangunan tersebut didirikan dengan kayu sahaja. Dari masa ke masa, lebih ramai pekerja menyertai RKKKC dan pusat tersebut telah menggunakan sebahagian daripada hasil dermaan untuk menampung kos kehidupan kanak-kanak tersebut.
  • Mereka telah menggunakan 3 tahun untuk membina sebuah bengkel untuk melatih orang dewasa yang kurang bernasib baik untuk membuat kerja kraftangan dan mereka boleh menggunakan kemahiran tersebut untuk mencari nafkah sendiri.
  • Sebab utama mereka menggunakan 3 tahun untuk membina sebuah bengkel adalah kerana RKKKC biasanya tidak mempunyai dermaan yang secukupnya untuk menampung kesemua perbelanjaan. Mereka hanya akan meneruskan kerja pembinaan bengkel tersebut apabila mereka mempunyai wang yang selebihnya untuk membayar kos pembinaan.
  • RKKKC juga berharap dapat membina lebih banyak infrastruktur untuk penghuni-penghuni pada masa yang akan datang. Mereka bercadang untuk membina taman rekreasi untuk penghuni-penghuni tersebut supaya mereka boleh mengisi masa lapang mereka dengan bermain di taman rekreasi tersebut kerana aktiviti yang sihat boleh memanfaatkan mereka dari segi fizikal dan mental.
  • RKKKC juga memerlukan lebih banyak sukarelawan datang dan membantu untuk mengajar penghuni-penghuni RKKC pengetahuan am seperti membaca, menulis, kraftangan dan lain-lain.
  • Tidak ramai orang yang datang melawat pada hari minggu. Pada hari minggu, pelawat biasanya datang dan membuat dermaan seperti makanan, keperluan harian, ataupun wang untuk RKKKC dan biasanya tidak singgah lama. Pada hujung minggu, terdapat lebih ramai pelawat yang datang untuk mengajar, menyuap, memandikan, atau bermain dengan penghuni-penghuni di situ. Meraka biasanya akan bersinggah lebih lama pada hujung minggu dan kadang-kala mereka akan membantu membersihkan dan mencantikkan kawasan sekitar RKKKC.
  • - Oleh kerana perbelanjaan bulanan RKKKC adalah amat tinggi dan mereka hanya menerima dermaan lebih kurang RM2000 dari orang awam setiap bulan, kadang-kala mereka terpaksa menangguhkan pembayaran untuk bil bulanan air dan elektrik.

RKKKC - Bengkel   RKKKC - Orang Tua yang Cacat   RKKKC - Bilik Mandi

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Anda boleh memberi sumbangan anda dalam pelbagai bentuk, e.g.: makanan, pampers, kegunaan/keperluan harian, wang dan sebagainaya. Di samping itu, anda juga boleh menawarkan diri anda untuk mengajar Penghuni-Penghuni RKKKC membaca ataupun menulis, atau menolong untuk mencantikkan kawasan kediaman mereka. Sumbangan daripada anda adalah amat dihargai oleh Penghuni-Penghuni dan kakitangan di RKKKC. Untuk maklumat selanjutnya, sila lawati "Membuat Dermaan".

Kebajikan tiada hadnya
Sejarah | Perbelanjaan | Perkhidmatan | Penghuni-Penghuni RKKKC | Contact Us | Membuat Dermaan
2006 © Semua hak cipta laman web ini terpelihara.
RKKKC, Batu Gajah, Negeri Perak.
Dibina & ditadbir daripada 2Shade Design
DISCLAMIER: Users assume total responsibility for their respective use of the information contained in this portal. All such information including information on participants has not been independently verified for its accuracy or validity. It is solely the user's responsibility to evaluate and verify the accuracy, completeness and usefulness of all opinions, advice, services and other information provided through this site. Neither ILC (ilovecharity.com)/2Shade Inc, its servants or agents makes any representations or gives any warranties of any kind, express or implied, as to the operation of the site, the information, content, materials or services included on the site to the full extent permissible by applicable law.