Versi: English Bahasa Malaysia 简体中文
Logo RKKKC RKKKC memerlukan tangan bantuan anda! Kanak-kanak di RKKKC
RKKKC - Latar Belakang
RKKKC - Latar Belakang - Sejarah

Kawasan Bangunan RKKKC Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Negeri Perak, Batu Gajah (RKKKC) mula beroperasi 38 tahun yang lalu, ianya diasaskan dan didaftarkan pada tahun 1968 oleh 8 ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang upaya. Pusat ini berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan Jabatan Pertubuhan sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

RKKKC asalnya beroperasi di Ipoh. Pada tahun 1991, RKKKC berpindah ke sebuah bangunan dengan luas tanah 1 hektar, yang dipunyai oleh Kerajaan Negeri Perak, terletak di Batu Gajah. RKKKC beroperasi di sana hingga sekarang. Banyak usaha dan tenaga yang telah dicurahkan untuk membentuk corak hidup yang lebih bagus untuk kanak-kanak di pusat kebajikan ini.

RKKKC adalah sebuah pusat kebajikan yang dikendalikan oleh sukarelawan dengan satu matlamat iaitu, memwujudkan persekitaran tempat tinggal yang selamat dan penuh dengan kasih sayang untuk kanak-kanak yang cacat dari segi fizikal dan mental. RKKKC Residents

RKKKC bukan sahaja menerima kanak-kanak yang kurang upaya, malahan dewasa juga. Pada masa ini seramai 39 orang penghuni yang mengalami Cerebral Palsy, Epilepsy, Hip dislocation, severe mental retardation, Anathira (ketidakupayaan untuk bertutur), dan "Autism and spastic Tetraplegia incapable of standing without support", dijaga dan diuruskan sepenuh masa dengan teliti di pusat ini. Lingkungan umur mereka adalah dari 11 hingga 54 tahun.

70% daripada kanak-kanak tersebut berasal dari keluarga yang miskin. Pusat ini menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak sebanyak 30% untuk menampungi kos perbelanjaan bulanan RKKKC. Selebihnya 70% lagi terpaksa RKKKC usahakan sendiri dan bergantung kepada dermaan yang ikhlas dari masyarakat penyayang.

Kebajikan tiada hadnya
Sejarah | Perbelanjaan | Perkhidmatan | Penghuni-Penghuni RKKKC | Contact Us | Membuat Dermaan
2006 © Semua hak cipta laman web ini terpelihara.
RKKKC, Batu Gajah, Negeri Perak.
Dibina & ditadbir daripada 2Shade Design
DISCLAMIER: Users assume total responsibility for their respective use of the information contained in this portal. All such information including information on participants has not been independently verified for its accuracy or validity. It is solely the user's responsibility to evaluate and verify the accuracy, completeness and usefulness of all opinions, advice, services and other information provided through this site. Neither ILC (ilovecharity.com)/2Shade Inc, its servants or agents makes any representations or gives any warranties of any kind, express or implied, as to the operation of the site, the information, content, materials or services included on the site to the full extent permissible by applicable law.