Pusat ini menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak sebanyak 30% untuk menampungi kos perbelanjaan bulanan RKKKC.
Selebihnya 70% lagi terpaksa RKKKC usahakan sendiri dan bergantung kepada dermaan yang ikhlas dari masyarakat penyayang.
Orang awam memberi dermaan dalam bentuk wang, makanan ataupun barang-barang keperluan harian kepada RKKKC dari masa ke semasa dan
RKKKC akan menulis resit untuk setiap dermaan yang diterima kepada penderma tersebut.
RKKKC juga menganjurkan kempen kebajikan dari masa ke masa, seperti Pesta Makan Amal yang telah dianjurkan baru-baru ini,
dengan tujuan untuk mendapatkan lebih banyak dermaan.
|